Quantcast

Amali Kimia: Determination Of Melting And Freezing Points Of Acetamide

classic Classic list List threaded Threaded
9 messages Options
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Amali Kimia: Determination Of Melting And Freezing Points Of Acetamide

pahaikan
Administrator
This post was updated on .
Apparatus: Boiling tubes, thermometer (0-100 oC), 250 cm3 beaker, tripod stand, retort stand with clamp, Bunsen burner, stopwatch, 250 cm3 conical flask, wire gauze.

Materials: Acetamide, tap water

Procedure:

A.  Heating Of Acetamide
1.    One-third of a boiling tube is filled with acetamide and a thermometer into is put into it.
2.    The boiling tube is suspended in a beaker half filled with water.
3.    The water is heated slowly and the acetamide is stirred carefully using the thermometer.



4.    The stopwatch is started when the temperature of acetamide reaches 60 oC and the temperature of acetamide is recorded at 30-second interval until it reaches 90 oC.



5.    The result are recorded in a table and a graph of temperature against time is plotted to show the heating of acetamide.


B. Cooling of Acetamide
1.    The boiling tube is removed from the water bath in (A) and is quickly put into a conical flask.
2.    The stopwatch is started and the temperature of acetamide is recorded at 30 second intervals until the temperature drops to 60 oC.



3.   The acetamide is stirred continously during the experiment.
4.   The results are recorded in a table and a graph of temperature against time is plotted to show the cooling of acetamide.


Question: 

1.    Why is a water bath used to heat the acetamide?
2.    Why is it necessary to stir the acetamide continously during the cooling process?

Note: The results, data interpretation, discussion and conclusion for this experiment is not included.


Wan
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Amali Kimia: Determination Of Melting And Freezing Points Of Acetamide

Wan
pahaikan,

terdapat tiga bentuk jisim, pepejal, cecair, gas. (solid, liquid, gas)
pertukaran pepejal ke cecair dipanggil cair. (melting)
pertukaran cecair ke pepejal dipanggil beku. (freezing)
adakah suhu cair dan suhu beku utk Acetamide berlainan?


Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Amali Kimia: Determination Of Melting And Freezing Points Of Acetamide

pahaikan
Administrator
Hi Wan...

Takat beku (freezing) dan takat lebur (melting) adalah angka yang sama, sekiranya bahan tersebut adalah tulen tanpa sebarang benda asing. Contohnya, untuk asetamida (acetamide) takat lebur dan takat bekunya adalah pada 78 darjah Celcius. Bezanya cuma dalam graf, iaitu dalam graf pemanasan, grafnya menaik manakala dalam graf penyejukan, grafnya menurun tetapi garisan melintang akan terbentuk pada nilai darjah celsius yang sama. Graf ini juga mempunyai kaitan dengan tenaga haba yang diserap dan tenaga haba yang dibebaskan.

Perlu dingatkan bahawa pada masa proses pembekuan dan peleburan berlaku, keadaan cecair dan keadaan pepejal wujud serentak. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa "Suhu dimana cecair dan pepejal wujud dalam keseimbangan pada suatu tekanan tertentu (tetap) dipanggil takat beku atau takat lebur".

Di harap agar penjelasan saya ini telahpun membantu....

Boleh dapatkan maklumat lanjut melalui nota ini: http://www.enotes.com/freezing-melting-reference/freezing-melting

Terima kasih...

Wan
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Amali Kimia: Determination Of Melting And Freezing Points Of Acetamide

Wan
terima kasih untuk jawapan,

Takat beku dan takat lebur adalah sama sekiranya bahan tersebut tulen tanpa bendasing!
jadi saya bayangkan dalam graf pemanasan dan penyejukan
ada satu gerisan melintang dalam satu tempoh masa pada suhu yang sama,
suhu ni dipanggil takat beku/lebur utk bahan tanpa bendasing.

Seterusnya, saya baca nota daripada link. Untuk bahan tak tulen,
takat beku dan takat lebur berubah seperti air ditambah garam. (kegunaan untuk elak jalan membeku)

Saya baru keluarkan ayam dari peti beku,
hajatnya nak masak kari ayam, tapi ayam ni masih beku..(susah nak potong)
jadinya, saya taburkan ayam ni dengan garam utk cepat cair dan senang dipotong.
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Amali Kimia: Determination Of Melting And Freezing Points Of Acetamide

pahaikan
Administrator
Kalau di tengok dari eksperimen, garam biasa berupaya menyerap haba yang menyebabkan takat didih air bertambah. Tapi tidak banyak. Anggaran sekitar 2-4 darjah celcius sahaja. Kalau betul garam dapur boleh mempercepatkan proses me"nyahbeku"kan ayam, ini satu petua yang bagus... Tahniah...
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Amali Kimia: Determination Of Melting And Freezing Points Of Acetamide

INGIN TAHU
klu garam menyerap haba menyebabkan suhu meningkat dan sememang mudah untuk memotong ayam. Jadi bagaimana pula bila garam ditambah pada ikan yang dibekukan. Adakah garam masih menyerap haba menyebabkan suhu seharusnya meningkat tetapi sebenarnya suhu lebih rendah dari takat beku ?
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Amali Kimia: Determination Of Melting And Freezing Points Of Acetamide

pahaikan
Administrator
Hahaha... Bukan begitu la... Saya pun tidak pasti sama ada teknik letakkan garam diatas ayam beku boleh melembutkan daging ayam. Belum pernah cuba... Tapi boleh rasanya ni sebab berdasarkan maklumat yang saya ada, garam biasanya digunakan untuk mencairkan ais diatas jalanraya dikawasan Eropah. Salah satu sebabnya ialah harganya murah.

Yang saya cuba terangkan sebelum ini ialah, apabila air yang bercampur dengan garam dipanaskan, lebih tenaga haba diperlukan berbanding air tulen.

Untuk soalan ini: Jadi bagaimana pula bila garam ditambah pada ikan yang dibekukan. Adakah garam masih menyerap haba menyebabkan suhu seharusnya meningkat tetapi sebenarnya suhu lebih rendah dari takat beku ?

Garam akan melambatkan proses pembekuan ikan kerana larutan garam berkepakatan tinggi hanya membeku pada -21 darjah Celcius. Jadi secara logik, sekiranya ikan tersebut disimpan dalam peti sejuk biasa di rumah (tidak mencapai -21 darjah Celsius), ikan tidak akan membeku 100%, tetapi oleh kerana larutan garam hanya berada pada bahagian luar ikan, maka bahagian dalam ikan (isinya) yang mengandungi air tulen tetap akan membeku. Semua ini akan bergantung kepada tahap kepekatan garam yang digunakan.

Kita kena sentiasa ingat bahawa apabila suhu persekitaran rendah, suatu jasad yang berada dalam persekitaran itu akan mencapai suhu keseimbangan. Ini dapat dicapai apabila tenaga kinetik dan tenaga haba dalam molekul berkurangan dan pergerakan molekul menjadi perlahan. Apabila molekul hanya bergetar ditempat sendiri, ianya akan tersusun untuk menjadi pepejal.

Dalam larutan garam, molekul air tetap molekul air. Ianya tidak akan berubah kepada unsur juzuknya untuk membentuk suatu sebatian baru. Dan sifat semulajadi air sebagai pelarut yang baik menyebabkan garam larut didalamnya. Molekul air tetap akan membeku tetapi bukan pada suhu 0 darjah Celsius tetapi lebih rendah, lebih kurang -4 darjah Celsius. Kehadiran garam menganggu sistem keseimbangan yang sepatutnya. Lebih banyak garam, lebih lambat proses pembekuan air. Garam yang kehilangan air akibat proses pembekuan akan kembali kepada keadaan kristalnya pada suhu -21 darjah celsius.

Oleh itu, kehadiran garam pada benda yang ingin dibekukan tidak menghalang proses pembekuan tetapi hanya melambatkannya.
zul
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Amali Kimia: Determination Of Melting And Freezing Points Of Acetamide

zul
In reply to this post by pahaikan
pahaikan, boleh tulong insert kan sekali graph untuk experiment ni? thanks =]
Reply | Threaded
Open this post in threaded view
|  
Report Content as Inappropriate

Re: Amali Kimia: Determination Of Melting And Freezing Points Of Acetamide

pahaikan
Administrator
Eksperimen ni sudah lama. Tapi untuk graf pemanasan dan penyejukan, sila cari dalam internet... Banyak bah...

Cuba tengok dokumen di SLIDESHARE ini: http://www.slideshare.net/wada679/chapter-2-heating-and-cooling-of-naphthalene. Bagus untuk penerangan juga....

Tapi graf sebenar tidak akan memberikan lengkung penyejukan atau lengkung pemanasan seperti dalam teori disebabkan oleh gangguan persekitaran. Faktor suhu sememangnya sangat sensitif dan kalau boleh, eksperimen seperti ini mesti dijalankan dalam tempat yang terkawal maksudnya semua pembolehubah atau kuantiti fizik yang terlibat dikawal sepenuhnya.

Terima kasih...
Loading...